Riwayat hidup Mengzi

Awal hidup - pengaruh yang mula mendidiknya

Pada ketika ini, dia diberi nama Mèng Kē (孟軻). Ayahnya meninggal dunia semasa dia masih kecil, maka Meng Ke diasuh oleh ibunya, Zhǎng (仉), yang sangat bijaksana. Mereka pernah berpindah-randah sebanyak tiga kali; tempat tinggal pertama mereka berdekatan suatu tanah pemakaman, ibunya sangat khuatir ketika beliau sering meniru lagak orang yang melaksanakan upacara pemakaman. Ketika mereka berpindah berdekatan suatu pasar pula, Ke sering meniru lagak seorang pedagang yang berjual beli. Akhirnya, ibunya memilih untuk tinggal berdekatan suatu perguruan dengan harapan agar anaknya bisa belajar dan berguru sepertimana anak sebayanya. Kisah ini menjadi contoh penekanan memilih persekitaran yang sesuai untuk perkembangan anak mereka dalam kalangan masyarakat Cina.

Pada suatu hari, Meng pulang sekolah lebih awal daripada biasa; pada ketika itu ibunya sedang menenun kain. Ibu Meng menduga dia ponteng perguruannya, maka dia segera mengambil pisau dan memotong kain yang sedang ditenunnya sambil mengingatkan anaknya - apabila beliau tidak bersungguh-sungguh belajar, maka sikapnya laksana kain tenun yang terpotong lalu menjadi tidak berguna lagi.

Kerjaya dalam kerajaan

Ketika negeri-negeri dalam Tionghua saling berperang sesama sendiri sekitar antara 403 hingga 221 SM, Meng berkhidmat sebagai seorang pegawai dalam maktab Jixia di Negeri Qi dari 319 to 312 BC, beliau membuat kelepasan selama tiga tahun untuk berkabung atas pemergian ibu tercintanya.

Dia sering berbicara dengan para Raja atau penguasa untuk meyakinkan mereka agar menjadi pemimpin yang benar dan bermoral. Di samping itu pula, dia mengajarkan tentang pemerintahan yang adil - menurutnya seorang Raja atau pemimpin itu dipercaya mendapatkan mandat dari Tiān (天) atau disebut dengan Tian Ming, maka baginda harus bertindak seakan "ayah bunda" kepada rakyat jelatanya. Ditegaskannya pula bahwa :"Tuhan melihat seperti halnya rakyat melihat, dan Tuhan mendengar seperti halnya rakyat mendengar".

Meng-tse menghabiskan banyak masa dewasanya menjelajah serata negeri Cina untuk menawarkan nasihatnya kepada banyak penguasa. Beberapa penguasa mendengarkan dengan penuh hormat kepadanya, dan untuk beberapa ketika dia menjadi pejabat pemerintah Ch'i; tetapi secara pukul rata dia tidak punya posisi permanen ataupun pembuat keputusan. Beliau mmemutuskan untuk bersara setelah merasakan nasihatnya tidak diendahkan para raja yang dijumpainya.[1]

Senja hidup

Pada tahun 312 SM, saat umurnya sekitar lima puluh sembilan tahun, beliau kembali ke kampungnya di negeri Zou dan menetap di situ sehinggalah beliau meninggal dunia mungkin sekitar tahun 289 SM.

Beliau disemadikan di sebuah tapak khusus (孟子林, Mengzi Lin atau 亞聖林, Yasheng Lin), yang terletak 12 km jauh dari timur laut kota Zoucheng, Shandong. Makam beliau ditandai suatu tugu diangkut suatu ukiran berupa makhluk kacukan naga dan kura-kura (bìxì - 贔屭 / |赑|屃) serta dihiasi ukiran naga.[2]

Berkaitan